Thursday, October 18, 2018

Cerita Tentang Dhab



DHOB : ASAL USUL, DALIL HUKUM DAN KHASIAT.

Hadis Khalid bin Al-Walid r.a: 
Sesungguhnya beliau bersama Rasulullah s.a.w masuk ke rumah Maimunah isteri Nabi s.a.w yang juga emak saudaranya (Khalid) dan Ibnu Abbas..
Di rumah Maimunah terdapat daging dhab yang dipanggang telah disediakan oleh saudaranya bernama Hufaidah binti Al-Harith dari Najd..Daging itu kemudian dihulurkan kepada Rasulullah s.a.w dan jarang sekali dihulurkan makanan kepada baginda tanpa memberitahu terlebih dahulu tentangnya..
Rasulullah s.a.w lalu menghulurkan tangan pada dhab tersebut..
Seorang wanita yang juga tetamu di situ berkata: 
"Beritahulah Kepada Rasulullah s.a.w apa yang kamu berikan kepada baginda itu.. "
Mereka lalu mengatakan: 
"Itu adalah daging dhab wahai Rasulullah.."
Rasulullah s.a.w menarik kembali tangannya..
Kemudian Khalid bin Al-Walid bertanya: 
"Haramkah dhab itu wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: 
"Tidak.. Tetapi ia tidak terdapat di bumi kaumku lalu aku merasa jijik.."
Khalid berkata: 
"Aku mengambil lalu memakannya, Rasulullah s.a.w melihatnya tetapi tidak melarang kami.."

Dhob halal dimakan.
Cuma Rasullulah tak makan, tetapi membenarkan para sahabat makan dhob ini.

Ust maza kata ni fevret sahabat nabi, Khalid Al Walid. sbb tu dia tangkas semacam je buat decision & kental..So dia kekal jadi ketua perang dr zaman Nabi sampai awal Pemerintahan Saidina Umar.. sepanjang dia jd ketua perang x pernah kalah rasanya..

KOMEN TERPILIH MEREKA YG PERNAH MAKAN DHOB

"laju juga dhob nih lari..pernah sembelih & pernah makan..goreng kunyit aja..sedap tp liat dagingnya..organ dalaman dhob ni bersih n tersusun.."

" Pernah mkn.. Time duk egypt ari tu.."

"Student yg dah kawin ramai cakap makan dhob ni hebat..tahan lama.."

"Tapi satu je.. Kalau aku sembelih, aku siang, aku potong.. Confirm aku tak makan.."

"Yg aku makan, member yg masak.. Aku telan time dah jadi sup.."

"Sekilo? Kalau RM dlm RM180 sekilo..
Sembelih petang khamis.. Pagi jumaat baru mati.."

"aku dah rase...fuhhh...mavelesssss.."

"sedap ...rase macam ayam..kalu buat sup power macam sup khoruf..."

"Mase ngaji mesir dulu ada jual kat suq syafie...musim sejuk elok makan ni..buat ubat "

NAPE DHOB HALAL TETAPI BIAWAK MALAYSIA HARAM?

Walaupun hampir serupa, tapi tak sama..

Dhob tak makan bangkai, hanya makan tumbuhan kaktus..rumput2 kering.

Tak minum air.. Maybe sebab dlm kaktus tu sendiri ade air..

Dhob makan tak menggunakan taring atau kuku..

Tidak berbisa dan tidak hidup 2 alam..

Sebab tu halal..


No comments:

Post a Comment